KUALA LUMPUR 29 April – Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan bantuan sebanyak RM500 kepada 37 keluarga di Blok F, Taman Keramat Permai di Ampang Jaya dekat sini hari ini. Beliau berkata, bantuan itu akan disalurkan secepat mungkin bagi meringankan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh penghuni terlibat yang rata-rata bekerja sendiri. “Saya sedang mendapatkan senarai nama penuh keluarga terlibat daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan…










