Aliran dana dijangka kembali suku ketiga - Utusan Malaysia

Aliran dana dijangka kembali suku ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 April – Pasaran ekuiti Malaysia dijangka menyaksikan aliran dana kembali semula seawal suku ketiga tahun ini, kata penganalisis.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn. Bhd. Kenny Yee berkata keadaan ini disokong oleh kelemahan ringgit, penyambungan semula projek-projek mega serta peningkatan harga minyak sawit mentah.

Beliau berkata kelemahan ringgit akan menjadikan pasaran ekuiti tempatan lebih mendapat perhatian pelabur, manakala pelaksanaan semula projek infrastruktur seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Bandar Malaysia akan menarik minat terhadap sektor pembinaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk memulakan semua projek mega ini adalah penting kerana dengan cara ini, limpahan positif kepada sub-segmen adalah sangat tinggi,” katanya pada taklimat media di sini hari ini.

Beliau berkata komitmen tambahan daripada China untuk meningkatkan import minyak sawit dijangka turut meningkatkan harga minyak sawit dan merangsang sentimen pasaran.

Yee berkata, dijangka tiada aliran keluar besar-besaran di pasaran ekuiti tahun ini selepas mengalami aliran keluar melebihi RM11 bilion tahun lepas dan aliran keluar RM2.6 bilion setakat ini.

“Lebihan dana asing di Malaysia adalah sangat minimum. Jadi, saya tidak menjangka sebarang aliran keluar besar-besaran dari Malaysia pada masa akan datang,” katanya. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini