47,153 botol arak tiruan dilupuskan - Utusan Malaysia

47,153 botol arak tiruan dilupuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 29 April – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan melupuskan sebanyak 47,153 botol arak tiruan bernilai kira-kira RM600,000 hari ini.

JOHARY YACOB
JOHARY YACOB 

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Johary Yacob berkata, arak tiruan yang dilupuskan itu merupakan barang kes yang dirampas pada tahun 2016.

“Arak ini dirampas dalam operasi di sekitar Seremban dan siasatan mendapati ia arak dari luar negara yang diseludup masuk ke negara ini untuk dijual.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua barang kes terbabit sudah selesai pendakwaaan mahkamah dan mendapat arahan dilupuskan,” katanya pada sidang media Majlis Pelupusan Ekshibit Barang Tiruan di sini hari ini.

Johary berkata, tindakan tegas menghalang penjualan barang tiruan dan cetak rompak adalah melalui penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Hak Cipta 1987.

JOHARY YACOB (kanan) melupuskan arak tiruan dalam Majlis Pelupusan Ekshibit Barang Tiruan di Nilai,
JOHARY YACOB (kanan) melupuskan arak tiruan dalam Majlis Pelupusan Ekshibit Barang Tiruan di Nilai, Seremban hari ini. – UTUSAN ONLINE

Sementara itu, katanya, bagi tempoh Januari sehingga 26 April lalu terdapat 275 kes membabitkan rampasan pelbagai barangan tiruan dianggarkan bernilai RM1.23 juta di negeri ini.

Justeru, beliau mengingatkan pertubuhan yang didapati menjual barang tiruan boleh dihukum denda sehingga RM15,000 bagi setiap barangan dan bagi kesalahan kali kedua serta berikutnya boleh didenda sehingga RM30,000.

“Hukuman bagi selain dari pertubuhan perbadanan pula boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap barang atau penjara sehingga tiga tahun,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini