SEREMBAN 29 April – Jumlah kakitangan lantikan kontrak sedia di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) negeri ini dan agensi negeri adalah seramai 272 orang. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, daripada jumlah itu, seramai 250 orang adalah Melayu, Cina (tiga orang), India (13 orang) dan lain-lain kaum (enam orang). “Sebanyak 14 orang pegawai telah berkhidmat melebihi 15 tahun dan 258 orang lagi berkhidmat kurang daripada 15 tahun,” katanya…










