Terengganu ikat JDT - Utusan Malaysia

Terengganu ikat JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 15 Feb. – Pemain pertahanan Terengganu, Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri berjaya menyekat Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada mengaut tiga mata penuh apabila menyamakan kedudukan untuk seri 2-2 dalam aksi Liga Super, sebentar tadi.

Perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu menyaksikan jaringan lewat tersebut menyelamatkan tuan rumah daripada diaibkan skuad Harimau Selatan yang memegang rekod cemerlang menang dua kali sejak tirai liga musim ini disingkap.

Walaupun Terengganu berjaya mendahului permainan seawal minit ke-16 menerusi jaringan Mohd. Khairul Izuan Rosli, namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila dipintas JDT pada babak kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad bimbingan Benjamin Mora itu meraih gol sulung pada minit ke-62 menerusi Muhammad Safawi Rasid, sebelum Diogo Luis Santo menambah jaringan enam minit berselang.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×