Siasatan dalaman kejadian penumpang dipercayai jatuh feri dimulakan - Utusan Malaysia

Siasatan dalaman kejadian penumpang dipercayai jatuh feri dimulakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 15 Feb. – Syarikat pengendali feri penumpang, Rapid Ferry Sdn. Bhd. telah memulakan siasatan dalaman berhubung laporan kejadian seorang penumpang yang di dakwa telah terjatuh dari feri hari ini.

Jurucakap Rapid Ferry berkata, berdasarkan siasatan, salah seorang penumpang Feri Pulau Undan yang sedang dalam perjalanan ke Pangkalan Sultan Abdul Halim telah melihat seorang individu sedang lemas di laut.

“Penumpang tersebut memberitahu mangsa berada jauh dari kedudukan feri ketika kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan dari itu, penumpang terbabit bertindak memaklumkan krew feri dan kapten feri segera memaklumkan kejadian kepada pusat kawalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan krew Pulau Undan cuba menyelamatkan mangsa dengan mencampakkan pelampung namun mangsa kemudiannya hilang dan tidak dapat dikesan.

Dalam pada itu, Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang penumpang yang dipercayai terjatuh dari Feri Pulau Undan di sini hari ini ditangguhkan pada pukul 7.30 malam ini.

“Operasi SAR itu akan disambung semula pada pukul 7.30 pagi esok,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×