Putera Mahkota Arab Saudi bakal lawat Malaysia - Utusan Malaysia

Putera Mahkota Arab Saudi bakal lawat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Malaysia bakal menerima kunjungan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman sebagai sebahagian jelajah Asia yang termasuk Indonesia, Pakistan dan India tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Indonesia akan menerima kunjungan Putera Arab Saudi itu terlebih dahulu untuk lawatan ke negara berkenaan minggu depan, kata Indonesia hari ini.

Lawatan dua harinya ke negara majoriti Islam terbesar dunia itu bermula Isnin ini dan ia kunjungan rasmi kedua Mohammed atau dikenali MbS ke negara kepulauan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau akan tiba di Indonesia pada 18 Februari dan bertemu Presiden (Joko ‘Jokowi’ Widodo) pada keesokannya (19 Februari),” kata jurucakap presiden, Johan Budi.

Mohammed kali terakhir mengunjungi Indonesia bersama bapanya, Raja Arab Saudi, Raja Salman pada 2017 dalam jelajah Asia unruk mendapatkan perjanjian pelaburan.

Ketika itu, Indonesia dan Arab Saudi menandatangani pelbagai perjanjian daripada perdagangan dan penerbangan sehinggalah memperluaskan kerjasama dalam bidang sains, kesihatan dan memerangi jenayah.

Mereka juga menandatangani perjanjian membabitkan firma tenaga milik kerajaan, Aramco dan Pertamina untuk memperluaskan bidang penapisan minyak bernilai bilion dolar di negara Asia Tenggara itu.

Kunjungan minggu depan diadakan ketika imej Mohammed terjejas berikutan dakwaan kaitan pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi.

Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) merumuskan, operasi Arab Saudi itu dikaitkan langsung dengan beliau namun Rumah Putih menepis tuduhan itu di tengah penafian keras daripada Riyadh. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×