PRK Semenyih: Pengundi puas hati kecemerlangan pentadbiran PH Selangor - Utusan Malaysia

PRK Semenyih: Pengundi puas hati kecemerlangan pentadbiran PH Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG – Pakatan Harapan (PH) diyakini mampu mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti didorong faktor kecemerlangan pentadbiran negeri Selangor. 

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Haniza Mohamed Talha berkata, berdasarkan maklum balas dan tinjauan dilakukannya sendiri mendapati rata-rata penduduk di DUN Semenyih menzahirkan penghargaan terhadap program Inisiatif Peduli Rakyat dilaksanakan kerajaan negeri. 

“Saya sebenarnya telah melawat beberapa kawasan di DUN tersebut dengan mereka berpuas hati dan berharap Inisiatif Peduli Rakyat akan diteruskan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Para pengundi DUN itu juga berbangga apabila rakan-rakan mereka dari negeri lain cemburu terhadap pelbagai skim dilakukan demi kemakmuran penduduk Selangor amnya,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina peringkat DUN Lembah Jaya di sini sebentar tadi. 

Pada majlis tersebut juga, Haniza yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya menerima 300 borang keahlian baru PKR bagi DUN tersebut. 

Menurut Haniza, Wanita PKR akan membantu menambah jumlah undi dimenangi sebelum ini dengan memfokuskan pengundi atas pagar dan sedia ada. 

Ujar beliau, bilik gerakan juga telah dibuka sejak Selasa lalu untuk melicinkan jentera gerak kerja mereka. 

“DUN Semenyih adalah kali pertama menang sejak 2008 (mentadbir negeri Selangor) dan sudah tentu kita mahu mengekalkan kemenangan tersebut,” katanya. 

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd. Nor, 57, daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  pada 11 Januari lalu.

Penamaan calon PRK itu ditetapkan esok manakala hari mengundi awal 26 Februari ini.

PH semalam mengumumkan jurutera muda dan Bendahari Bersatu Hulu Langat, Muhammad Aiman Zainali sebagai calon PRK berkenaan.

Barisan Nasional dan Parti Sosialis Malaysia pula masing-masing menamakan Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kampung Sesapan Kelubi, Zakaria Hanafi dan Nik Aziz Afiq Abdul sebagai calon. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×