Pesawat diperlukan bawa pulang 47 tahanan di Kemboja - Utusan Malaysia

Pesawat diperlukan bawa pulang 47 tahanan di Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Kerajaan diminta menyediakan pesawat untuk membawa pulang 47 tahanan warga Malaysia dari Penjara Provinsi Banteay Meanchey, Kemboja.

Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican berkata, kesemua mereka sudah dibebaskan dan boleh dibawa pulang pada bila-bila masa.

“Sekarang ini sedang mencari rumah untuk menempatkan mereka buat sementara waktu bagi urusan-urusan dokumentasi dan sebagainya.

“Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, Kemboja juga akan bekerjasama untuk menguruskan mereka yang tidak mempunyai pasport,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Menurut Dr. Mustapha, kesemua tahanan Malaysia itu dibebaskan hari ini selepas beberapa perundingan dibuat dengan Kerajaan Kemboja dan Malaysia.

Jelasnya, keputusan meluluskan pembebasan itu dibuat Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen selepas mendapati semua tahanan itu ditipu sindiket ejen pekerjaan.

Terdahulu, Wisma Putra pada Khamis minggu lalu mengesahkan sebanyak 47 rakyat Malaysia ditahan sejak 11 Disember tahun lalu atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN