Pertemuan bincang isu royalti, MTEN - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

Pertemuan bincang isu royalti, MTEN – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 15 Feb. – Pertemuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Perdana Menteri, Tun Dr . Mahathir Mohamad di Yayasan Al-Bukhary, ibu negara pagi tadi membincangkan mengenai penyelarasan pentadbiran antara kerajaan negeri dengan Persekutuan.

Abdul Hadi berkata, tiga isu utama yang dibangkitkan adalah tentang wang tunai petroleum (WTP), Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan projek-projek kerajaan Persekutuan dan negeri supaya tidak wujud sebarang percanggahan.

Katanya, pertemuan kira-kira pukul 9 pagi tersebut turut dihadiri Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Memang kita minta (pertemuan ini) dan mereka bersetuju. Kalau kita minta mereka tak setuju, tak jadi pertemuan.

“Pertemuan lebih berkait kepada pentadbiran dan mendapat reaksi positif Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat di Dewan Taman Padang Midin, di sini petang tadi.

Yang hadir sama, Yang Dipertua DUN, Yahaya Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Ariffin Deraman.

Abdul Hadi turut menyentuh mengenai permintaan agar ada wakil kerajaan negeri dalam MTEN. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN