Mayat separuh badan ditemui di tebing Sungai Kinabatangan - Utusan Malaysia

Mayat separuh badan ditemui di tebing Sungai Kinabatangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN 15 Feb. – Seorang lelaki yang dilaporkan tidak pulang daripada memancing di Ladang Sime Darby, berdekatan Sungai Segaliud, Kinabatangan, sejak petang semalam, ditemukan maut dalam keadaan separuh badan di tebing sungai berkenaan, hari ini.

Mayat mangsa dikenali sebagai Castelo Carlos, 43, dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 4.21 petang tadi, kira-kira empat kilometer dari kawasan mangsa dilaporkan memancing di tebing sungai.

Menurut kenyataan JBPM Sabah, mangsa hilang semasa memancing di sungai berhampiran ladang berkenaan pada jam 3 petang semalam dan laporan kehilangan telah dibuat pada jam 6.30 petang.

Jabatan itu berkata Bilik Kawalan Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Kinabatangan pada jam 7.41 pagi tadi memaklumkan bantuan mencari mangsa.

“BBP Kinabatangan seterusnya respon kes tersebut menggunakan sebuah kenderaan utiliti dan bot ke tempat kejadian sejauh 25 km dari jarak balai,” menurut kenyataan itu.

Pasukan SAR kemudian menyerahkan mayat berkenaan kepada pihak polis untuk tindakan susulan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN