Majlis Apresiasi Yapeim bersama Media 2019 berlangsung meriah - Utusan Malaysia

Majlis Apresiasi Yapeim bersama Media 2019 berlangsung meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Kira-kira 200 wakil media daripada pelbagai agensi diraikan dalam Majlis Apresiasi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) bersama Media 2019.

Selain dihidangkan dengan pelbagai menu menarik, majlis turut dihiburkan dengan persembahan khas daripada Yapiem selain cabutan nombor bertuah buat tetamu yang hadir.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapiem, Datuk Abibullah Samsudin, penganjuran majlis tersebut bertujuan sebagai tanda penghargaan kepada media atas kerjasama dua hala sejak sekian lama.

“Peranan media yang menjadi penghubung antara Yapiem dan masyarakat dilihat memberi hasil positif dan signifikan dalam setiap aspek pencapaian kita.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada pihak media sama ada media cetak mahupun elektronik. Sumbangan media baharu seperti portal juga amat dihargai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Anggerik berdekatan Restoran Terapung D’Saji, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN