KPDNHEP diarah kenal pasti tambahan barangan kawalan - Utusan Malaysia

KPDNHEP diarah kenal pasti tambahan barangan kawalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Feb. – Majlis Tertinggi Sara Hidup Negara (NACCOL) mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya mengenai pasti beberapa lagi item popular pengguna untuk disenaraikan sebagai barangan kawalan.

NACCOL juga menyarankan kementerian memanjangkan tempoh pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bagi perayaan-perayaan utama setelah ia memberi impak positif kepada pengguna.

Mesyuarat majlis itu yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini, turut memutuskan untuk memperluaskan program Food Bank Malaysia di bawah seliaan KPDNHEP ke semua institusi pengajian tinggi bagi membantu kumpulan mahasiswa pada kadar segera.

“Majlis juga mencadangan pemberian diskaun sebanyak 20 peratus bagi kadar tambang KTM Komuter yang akan memberi manfaat besar khususnya kepada pengguna KTM Komuter di bandar dan luar bandar.

“Walau bagaimanapun, perkara ini akan diangkat untuk persetujuan Jemaah Menteri terlebih dahulu.

“Selaras dengan iltizam kerajaan untuk meringankan bebanan kehidupan rakyat, Majlis Tindakan Sara Hidup Negara akan terus memainkan peranan dengan melaksanakan pelbagai polisi dan inisiatif baharu untuk mengurangkan keresahan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Bil. 1/2019 di sini hari ini.

Kenyataan itu dibacakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN