‘Kekalahan tak masuk akal’ - Utusan Malaysia

‘Kekalahan tak masuk akal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Feb. – Jeritan itu kedenga­ran dari tempat duduk penyokong Arsenal di Barisov Arena yang tidak percaya pasukan mereka kalah 0-1 kepada Bate dalam perlawanan pertama, pe­ringkat 32 akhir Liga ­Europa hari ini.

Jaringan Stanislaw Drahun pada minit ke-45 cukup untuk memberi kemenangan mengejut buat Bate, keputusan yang sukar diterima penyokong Gunners, apatah lagi kelab Belarus itu membariskan pemain separuh masa yang dibayar gaji keseluruhan AS$360,000 (RM1.47 juta) sebulan.

Pengendali Arsenal, Unai Emery masih cuba bertenang dengan menegaskan, pasukannya akan layak ke pusingan seterusnya dan mampu bangkit dalam aksi timbal balik di London, Jumaat depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Biarpun pasukannya beraksi di bawah tahap sebenar, Emery enggan mengkritik permainan pemain Arsenal, sebaliknya mengulangi keyakinan mereka akan bangkit dalam 90 minit permainan kedua.

“Kami masih ada 90 minit minggu depan dan saya yakin pasukan bakal menampilkan aksi berbe­za,” katanya.

Sementara itu, La­-
cazette pula memin­ta maaf kepada penyokong Arsenal kerana mengecewakan mereka, terutama selepas dibuang padang.

“Membuatkan pasukan da­lam keadaan begini adalah pe­rasaan yang amat teruk.

“Saya patut lebih bertenang tetapi ia tidak selalunya mudah. Maafkan saya,” tulisnya dalam Twitter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×