Guna program kerajaan umpan undi - Utusan Malaysia

Guna program kerajaan umpan undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Feb. – Mana-mana menteri me­­ngambil kesempatan menganjurkan program di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bagi mengum­pan undi boleh dikemukakan sebagai isu hujah dalam petisyen mahkamah pilihan raya.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun menjelaskan, orang ramai perlu faham bahawa aktiviti kerajaan kini berjalan seperti biasa memandangkan Parlimen atau DUN kini masih belum dibubarkan.

“Secara amnya, sebarang ak­tiviti kerajaan tidak melanggar peraturan pilihan raya. Jika mereka gunakan aktiviti kerajaan untuk mengumpan undi, itu menjadi isu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh demikian pihak kerajaan mesti jelaskan bahawa aktiviti mereka itu bukan umpan undi jika isu ini dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam si­dang akhbar selepas majlis la­por diri tiga ahli SPR yang baha­ru, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai gelagat segelintir menteri sejak kebelakangan ini yang giat menjalankan aktiviti kementerian masing-masing menjelangnya Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×