KLANG – Tindakan pantas Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 1, 450 kartun rokok putih pelbagai jenama bernilai RM3,600 di kedudukan 0.2 batu nautika barat daya Sungai Kapar, malam tadi.
Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan dalam kejadian pukul 10 malam itu.
Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, sepasukan anggota yang sedang melakukan rutin harian di kawasan tersebut berjaya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, bot penyeludup yang menyedari kehadiran kami kemudiannya terus memecut laju sebelum berjaya meloloskan diri .
“Pemeriksaan di tebing Sungai Kapar Besar kemudiannya menemui 1, 450 karton rokok putih pelbagai jenama dengan nilai anggaran RM3,600 di dalam van berwarna putih ditinggalkan penyeludup.
“Kita percaya rokok tersebut dalam baharu sahaja selesai dipunggah untuk diedarkan kepada kawasan yang telah dikenalpasti penyeludup,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.
Kata beliau, nilai rampasan termasuk van tersebut dianggarkan RM28,600.
Mohammad menjelaskan kesemua rampasan itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Selangor untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967.
Dalam perkembangan berlainan, beliau berkata, pihaknya turut menahan lima warga Indonesia selepas didapati menangkap ikan secara haram di perairan Tanjung Karang.
“Kesemua suspek berusia 17 hingga 49 tahun itu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu ditahan pukul 1.55 petang, Rabu lalu.
“Turut dirampas 50 kilogram ikan hasil daripada aktiviti penangkapan ikan menggunakan rawai sejak mereka keluar menangkap ikan bermula Isnin lalu,”katanya.
Kes kini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985. – K! ONLINE










