Empat negara bida Piala Dunia 2030 - Utusan Malaysia

Empat negara bida Piala Dunia 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANTIAGO, Chile 15 Feb.– Empat negara iaitu Argentina, Chile, Paraguay dan Uruguay akan mengemukakan permohonan membida bersama untuk menganjurkan Piala Dunia pada 2030, umum Presiden Chile, Sebastian Pinera, hari ini.

Argentina, Paraguay dan Uruguay sebelum ini sudah pun menyerahkan bidaan bagi penganjuran bersama kejohanan bola sepak pa­ling berprestij itu.

Sekiranya bidaan itu berjaya, Uruguay bakal menyambut ulang tahun ke-100 tahun penganjuran kejohanan itu sejak mereka kali pertama menjadi tuan rumah Piala Dunia pada tahun 1930.

Chile kali terakhir menjadi tuan rumah pada tahun 1962 manakala Brazil menganjur pada tahun 2014.

Bagaimanapun Pinera dalam ke­nyataan melalui akaun Twitternya berkata, presiden bagi ketiga-tiga negara berkenaan sudah pun bersetuju dengan penyertaan Chile bagi menjadi calon bersama itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×