Dua lelaki cedera parah bertembung dengan treler - Utusan Malaysia

Dua lelaki cedera parah bertembung dengan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR – Dua lelaki cedera parah dalam satu kemalangan melibatkan lori dan treler di Kilometer 413.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu, kedua-dua mangsa warga tempatan yang merupakan pemandu dan penumpang sebuah lori jenis Isuzu mengalami kecederaan parah di tubuh dan kepala mereka.

“Kejadian tersebut berlaku apabila lori yang dipandu mangsa dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kedah hilang kawalan ketika sampai ke lokasi kejadian sehingga melanggar sebuah treler yang dipandu perlahan di lorong paling kiri.

“Impak kejadian tersebut menyebabkan lori dan treler tersebut remuk manakala pemandu treler pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kedua-dua mangsa yang cedera parah telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN