Ustazah hilang: Dijumpai di Kuala Kangsar - Utusan Malaysia

Ustazah hilang: Dijumpai di Kuala Kangsar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU – Guru wanita Sekolah Kebangsaan Genting di sini, Nur Farhana Ibrahim, 27, yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu telah dijumpai di Kuala Kangsar, Perak dalam keadaan selamat hari ini.

Guru Pendidikan Islam itu dijumpai kira-kira pukul 4.30 petang.

Jarak lokasi dia ditemui dengan sekolah tersebut adalah kira-kira 140 kilometer.

Kakak iparnya, Madihah Zawawi berkata, penemuan guru itu dimaklumkan oleh pihak polis Kuala Kangsar kepada keluarga mereka.

“Nur Farhana sekarang berada di Balai Polis Kuala Kangsar dan kami sekeluarga sedang dalam perjalanan ke sana.

“Kami amat bersyukur dia telah dijumpai dan kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencarinya,” katanya ketika dihubungi di sini.

Guru berkenaan yang mengalami masalah kemurungan disedari hilang selepas gagal dihubungi suaminya kira-kira pukul 4.30 petang pada Isnin lalu sebelum mendapati dia tidak membawa telefon bimbit ke sekolah.

Pihak sekolah turut memaklumkan wanita tersebut mengajar seperti biasa pada Isnin, namun tidak hadir pada Selasa.

Barangan peribadinya seperti beg duit, kunci kereta dan alat tulis milik guru itu didapati masih berada di atas meja di bilik guru selain keretanya ditemui berada di luar pagar sekolah selepas kehilangannya disedari. 

Pihak berkuasa menggerakkan usaha mencari Nur Farhana di sekitar kawasan sekolah termasuklah menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×