PULAU PINANG 17 Jan. – Tujuh pemandu lori yang mencuri mikropemproses (microprocessor) dari sebuah gudang syarikat multinasional di Bayan Lepas di sini melalui kontena yang diubahsuai berjaya ditahan polis dalam operasi sejak 11 Januari lalu hingga semalam. Suspek ahli Geng Kargo Ondong berusia di antara 29 hingga 52 tahun itu dicekup dalam operasi sekitar negeri ini, Kedah dan Perak. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A. Anbalagan berkata, suspek dikatakan…










