KHARTOUM 17 Jan. – Kawalan anggota keselamatan Sudan ditingkatkan berikutan ancaman demonstrasi untuk berarak ke Istana Presiden Omar al-Bashir meminta beliau meletakkan jawatan. Sebanyak 11 bandar termasuk Atbara diminta menjalankan demonstrasi secara serentak kerana peningkatan tiga kali ganda harga roti di sana. Menurut Amnesty International, lebih 40 orang maut dan lebih 1,000 ditahan pada minggu lalu. – AFP










