PRK Cameron Highlands: Ramli nafi lompat parti selepas menang - Utusan Malaysia

PRK Cameron Highlands: Ramli nafi lompat parti selepas menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS – Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor menafikan dia akan menyertai kerajaan Pakatan Harapan atau menjadi calon bebas selepas menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands nanti. 

Ramli berkata, laporan mengenainya yang diterbitkan sebuah portal berita tempatan itu merupakan fitnah dan beliau mahu ia segera dihentikan. 

“Jika ditanya saya mengenai perkara ini, jawapan saya cuma satu, BN tetap di hati. Saya akan setia bersama BN walaupun selepas menang PRK

“Keikhlasan, kejujuran dan intergriti merupakan prinsip yang saya selalu kata dan amalkan. Ia sudah sebati dalam diri saya sebagai pesara polis,” katanya ketika ditemui pemberita ketika berkempen di Kampung Raja di sini hari ini. 

Tambah Ramli, dia rakyat kini sudah pandai menilai dan sedar permainan politik Pakatan Harapan (PH) yang sentiasa menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat.

Laporan portal berita tempatan itu yang diterbitkan pagi tadi itu, mendakwa Pakatan PH masih mampu merampas Cameron Highlands jika Ramli menyertai PH selepas kemenangannya.

Berita tersebut memetik sumber dalaman daripada sebuah parti komponen BN turut meramalkan Ramli mungkin menjadi Ahli Parlimen Bebas sekiranya tidak menyertai PH. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN