LANGKAWI 17 Jan. – Seorang nelayan yang berasal dari Kampung Selat Bagan Nyior, di sini, dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak keluar mencandat sotong kira-kira pukul 5.30 petang, semalam. Hasrul Mat Hashim, 41, dipercayai keluar seorang diri untuk mencandat sotong sebelum bot miliknya ditemukan tanpa pengemudi berhampiran tenggara Pulau Buyong pada pukul 12.05 tengah hari ini. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama…










