Lelaki larikan wang RM40,000 dari sebuah bank - Utusan Malaysia

Lelaki larikan wang RM40,000 dari sebuah bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 16 Jan. – Seorang lelaki bersenjatakan pistol melarikan wang yang dianggarkan RM40,000 dari sebuah bank di Jalan SS19/6 Subang Jaya, Selangor di sini hari ini.

Dalam kejadian rompakan kira-kira pukul 4 petang itu, suspek yang bertopeng dan memakai pakaian berwarna gelap serta membawa beg dikatakan menghampiri sebuah kaunter di bank berkenaan sebelum mengeluarkan sepucuk pistol.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, suspek kemudian mengarahkan petugas kaunter memasukkan sejumlah wang ke dalam beg tersebut bagaimanapun pekerja tersebut enggan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, suspek yang berang terus melepaskan tembakan ke arah siling sebelum pekerja tersebut yang ketakutan akhirnya memasukkan wang ke dalam beg tersebut.

“Suspek terus keluar dari bank sebelum melarikan diri menuju ke lorong belakang premis berkenaan.

“Sewaktu kejadian, terdapat empat pelanggan dan enam kakitangan di dalam bank tersebut, bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×