PORT DICKSON 17 Jan. – Mayat seorang lelaki berbangsa Cina dijumpai dalam sebuah kereta Proton Wira di Pantai Cahaya, Batu 4, dekat sini kira-kira pukul 12.16 tengah hari tadi. Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa yang berusia 39 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk penumpang hadapan kereta tersebut. “Mangsa dipercayai telah meninggal dunia antara dua hingga empat hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang telah berbau…










