KUALA LUMPUR 17 Jan. – Kepemimpinan tertinggi DAP yang diketuai penasihatnya, Lim Kit Siang hari ini mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Menurut Pengarah Pendidikan Politik DAP, Senator Liew Chin Tong, pertemuan itu merupakan kali pertama Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri menghadap Sultan Perak. “Rupa-rupanya mereka berdua gembira bertemu untuk berbincang hal ehwal semasa. “Memang Tuanku penuh ilmu di dada dan tidak…










