Harimau bintang bawa lari kanak-kanak berusia 3 tahun di India - Utusan Malaysia

Harimau bintang bawa lari kanak-kanak berusia 3 tahun di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALIPURDUARA 17 Jan. – Seekor harimau bintang melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun daripada jagaan ibunya di India sebelum membunuh budak itu, dalam satu kejadian di daerah Alipurduar, barat Bengal, di sini semalam.

Saki-baki cebisan daging kanak-kanak itu ditemukan oleh penduduk setempat di ladang teh Garganda, Madarihat dekat sini pagi ini.

Ibu kanak-kanak malang itu, Puja Oroan berkata, harimau bintang itu memasuki rumahnya dan merampas anaknya bernama Pranita yang sedang tidur di ribanya.

“Saya cuba sedaya upaya untuk melawan harimau itu tetapi saya gagal menyelamatkan anak saya memandangkan binatang itu terlalu kuat dan besar,” katanya kepada Times of India, di sini hari ini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN