KUALA LUMPUR 17 Jan. – Setiap pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu mencontohi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang lantang memperjuangkan pelbagai isu rakyat walaupun berstatus sebagai pembangkang. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, hal itu bagi memastikan kebajikan dan kehendak rakyat tidak diabaikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekali gus menjadi pembangkang yang benar-benar berkesan sejajar dengan sistem demokrasi negara. “Mungkin sukar untuk pemimpin…










