KUALA LUMPUR 17 Jan. – AirAsia mengumumkan penangguhan rancangan menaik taraf sistem tempahan Navitaire New Skies berikutan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Syarikat penerbangan itu berkata, rancangan menaik taraf tersebut yang dijadualkan pada pukul 2.00 petang, Sabtu, 19 Januari 2019 hingga pukul 3.00 pagi Ahad, 20 Januari 2019 akan dijadualkan semula pada tarikh lain.
“Semua sistem akan berfungsi seperti sediakala pada hujung minggu ini dan para tetamu boleh menempah penerbangan, daftar masuk dan mengurus tempahan mereka seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE










