Tofa, Tahura pulang ke rumah selepas dua tahun - Utusan Malaysia

Tofa, Tahura pulang ke rumah selepas dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA 4 Dis. — Selepas hampir dua tahun ‘menghuni’ di Hospital Kolej Perubatan Dhaka, sepasang kembar siam yang dilahirkan bercantum pada rektum dan tulang belakang akhirnya dibenarkan pulang ke rumah mereka, semalam.

Pasangan Tofa dan Tahura sebelum ini menjalani pembedahan sembilan jam pada Ogos 2017 dinasihatkan berada di hospital kerana kesihatan mereka dijangka lebih rumit.

Ibu mereka, Shahida Begum memberitahu, dia langsung tidak menyangka kedua-dua anak perempuannya itu sihat dan kini dibenarkan pulang ke rumah.

“Saya hampir-hampur putus harapan apabila dimaklumkan tidak ada doktor pakar di Bangladesh untuk melakukan pembedahan itu. Kalau pembedahan itu dilakukan di luar negara, ia akan melibatkan kos yang tinggi dan saya tidak mampu. Terima kasih kepada Allah,” katanya.

Bagaimanapun pembedahan pemisahan kembar siam itu dilakukan di sebuah hospital tempatan di Bangladesh. -AFP

Tofa, Tahura pulang ke rumah selepas dua tahun

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN