GUA MUSANG – Penduduk yang tinggal di beberapa kawasan rendah di sekitar Gua Musang diminta agar tidak panik dengan fenomena paras air sungai naik walaupun tidak berlaku hujan di kawasan mereka. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang, Mohd. Yussalmi Mohd. Yusoff berkata, situasi itu disebabkan hujan yang berlaku di kawasan hulu Gua Musang menyebabkan limpahan air ke hilir sungai. Katanya semalam, penduduk di sekitar Sungai Nenggiri dikejutkan dengan air…










