Remaja maut motosikal langgar pembahagi jalan - Utusan Malaysia

Remaja maut motosikal langgar pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 21 Dis. – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai, dekat Perol, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, dalam kejadian pukul 5 petang itu, mangsa, Amirul Hakimie Sabri ,18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Kejadian berlaku apabila motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa dari arah Perol menghala ke Pasir Hor hilang kawalan lalu melanggar besi pembahagi jalan di sebelah kiri jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan. Mangsa yang tinggal di Kampung Serdang Surau, Melor parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Katanya, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN