PPZ lanjut masa operasi - Utusan Malaysia

PPZ lanjut masa operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan melanjutkan operasi di kaunter pembayaran zakat sehingga pukul 9 malam sempena ‘Countdown Year End Zakat (YEZ)’.

Lanjutan masa itu bermula 26 Disember sehingga penghujung tahun ini melibatkan 11 kaunter PPZ di semua cawangan ibu negara.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP, Ahmad Syukri Yusoff berkata, pertambahan masa itu bagi memudahkan urusan orang ramai yang tidak berkesempatan membayar zakat pada waktu bekerja.

“Kami ingin menggalakkan orang ramai membayar zakat sebelum tahun ini berakhir bagi mendapatkan rebat cukai pendapatan ‘e-filing’ tahun 2019.

“PPZ turut menawarkan perkhidmatan khas ‘pintu ke pintu’ kepada pembayar zakat yang berpendapat RM5,000 ke atas. Mereka boleh menghubungi PPZ dan wakil kami akan ke rumah mereka untuk mengutip dan mengeluarkan resit pembayaran zakat,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma PPZ di sini hari ini.

Menurutnya, PPZ akan membuka kaunter zakat bergerak di Shamalin Perkasa yang akan beroperasi dari pukul 6 petang sehingga 12 malam pada 31 Disember ini.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut boleh melayari laman www.zakat.com.my atau menghubungi PPZ ditalian 1300885757. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN