Polis kenalpasti identiti tiga mangsa letupan - Utusan Malaysia

Polis kenalpasti identiti tiga mangsa letupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 4 Dis. – Polis telah mengenalpasti identiti tiga lelaki yang maut dalam insiden letupan gas di City One Megamall di sini, yang terdiri daripada dua dari Kuching dan seorang dari Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek berkata mereka dikenalpasti sebagai O Kui Lim 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, yang masing-masing berasal dari Kuching.

“Manakala seorang lagi, Chin Hsien Loong, 29, dari Butterworth, Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dua daripada lelaki yang maut itu dipercayai pekerja Nene Chicken, sebuah restoran dalam City One Megamall itu.

Mereka disahkan mati di tempat kejadian disebabkan terhempap struktur bangunan semasa letupan berlaku pada 3.30 petang tadi.

Dalam kejadian itu, 28 orang turut cedera, termasuk empat yang parah.

Kejadian dipercayai berpunca daripada letupan gas di kedai Nene Chicken yang akan mula beroperasi esok, semasa para pekerja pekerja restoren tersebut sedang membuat persiapan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN