KUALA LUMPUR – Polis mempunyai maklumat mengenai dalang rusuhan kuil Sri Maha Mariamman USJ25, Subang Jaya pada hari kedua, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Ya polis memang ada maklumat mereka,” kata beliau menjawab soalan pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Bulanan Menteri Dalam Negeri bersama Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman di sini hari ini. Rusuhan hari kedua iaitu Selasa lepas, mengakibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Muhammad Adib Mohd…










