GENEVA 4 Dis. – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) merayu sumbangan AS21.9 bilion (RM90.46 bilion) untuk disalurkan kepada 21 misi bantuan kemanusian di seluruh negara. Jumlah itu termasuk AS$4 bilion (RM16.52 bilion) kepada misi bantuan terbesar ke Yemen. PBB turut menjelaskan, sumbangan kewangan ini tidak termasuk bantuan misi bantuan ke Syria, yang mana dijangka menelan perbelanjaaan sehingga AS25 bilion (RM103.31 bilion). REUTERS










