Operasi tamat, tiada lagi mangsa tertimbus di City One Megamall - Utusan Malaysia

Operasi tamat, tiada lagi mangsa tertimbus di City One Megamall

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Operasi mencari dan menyelamat mangsa letupan gas di City One Megamall, di sini ditamatkan pukul 9.27 malam setelah tiada lagi mangsa yang dipercayai tertimbus di sebalik serpihan struktur bangunan semasa kejadian yang meragut tiga nyawa itu.

Timbalan Ketua Menter,i Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, anjing pengesan unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)  negeri telah tiba ke lokasi kejadian pada pukul 9 malam untuk memeriksa keadaan sekeliling di premis terbabit.

“Kita serahkan kepada pihak bomba untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian letupan ini,” kata Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Pada kejadian pukul 3.30 petang tadi, 26 orang turut cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini.

Polis Kuching telah mengenal pasti ketiga-tiga lelaki yang maut dalam kejadian itu sebagai O Kui Lim 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, yang masing-masing berasal dari Kuching, manakala seorang lagi, Chin Hsien Loong, 29, dari Butterworth, Pulau Pinang. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN