SAUDARA PENGARANG,TINDAKAN beberapa pemimpin UMNO meninggal parti merupakan babak-babak drama ahli politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Alasan diberikan mudah, untuk memberikan kemudahan kepada rakyat yang diwakili tanpa memikirkan undi pada asalnya kerana mereka daripada UMNO. Dalam kalangan mereka juga mengatakan tiada hala tuju yang jelas tentang kepimpinan UMNO di bawah teraju baharu selepas pemilihan parti, Jun lalu. Apa juga alasan yang diberikan, mereka telah mengkhianati kepercayaan pengundi dan…










