Merusuh dibengkel, 8 dituduh hari ini - Utusan Malaysia

Merusuh dibengkel, 8 dituduh hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lapan individu yang disyaki terlibat dalam kejadian merusuh di sebuah bengkel kereta di Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini akan dituduh di Mahkamah Sepang hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kesemua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 128 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Katanya, jika disabit kesalahan mereka boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kejadian pada 12 Disember lalu itu melibatkan pekerja dan pemilik kenderaan yang tidak berpuas hati mengenai upah membaiki kenderaan.

Ketidakpuasan mengenai kos pembayaran itu menyebabkan pertengkaran berlaku sebelum merebak kepada pergaduhan sehingga mangsa dilaporkan cedera diserang suspek dengan parang dan pemadam api. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN