NABLUS 4 Dis. – Seorang lelaki Palestin dibunuh oleh pasukan tentera Israel ketika rusuhan di wilayah diduduki di Tebing Barat hari ini. Pegawai kesihatan Palestin memberitahu, Mohammad Habali yang berusia 22 tahun itu mati selepas terkena tembakan di kepala. Sementara itu, tentera Israel berkata, anggotanya melepaskan tembakan ketika insiden yang digambarkan sebagai ganas. Bagaimanapun, mereka tidak menyebut sebarang kecederaan yang menimpa anggota tenteranya. -REUTERS










