Lelaki ‘lari dari rumah’ - Utusan Malaysia

Lelaki ‘lari dari rumah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WAH! Ramai betul pelanggan kedai mamak malam ni. Akak Cute terpaksa tunggu giliran nak dapatkan meja.

Sedangkan mereka yang duduk-duduk kat situ dah habis makan pun. Mereka duduk bersembang saja. Lebih-lebih lagi geng lelaki yang suka lepak sambil merokok.

Mereka bukan hiraukan pun pelanggan lain ‘terpaksa’ sedut asap rokok percuma tu. Kolum Akak Cute kali ini bukan nak cerita pasal kedai mamak pulak.

Tapi Akak Cute mahu menyebut tentang sikap orang lelaki yang gemar melepak di kedai-kedai makan semata-mata mahu ‘lari’ dari rumah.

Akak Cute agak hairan mengapa orang lelaki suka melarikan diri? Kalau ditanya, pasti jawapan mereka lelaki pun ada life juga. Sekali-sekala mahukan ‘kebebasan’ takkan nak terperuk di rumah sahaja. Berkepit dengan bini dan anak-anak 24 jam. Nanti orang cakap takut bini pula.

Amboi, hebat betul alasan lelaki kan. Takut sangat dengan pandangan orang. Boleh mati agaknya kalau diejek sebegitu terutama dengan rakan-rakan.

Akak Cute nak tanya, kalau lelaki tolong buat kerja rumah, jaga anak, bersantai dengan keluarga di rumah tu nampak macam pondan ke? Ada sesiapa boleh bagi jawapan yang realistik tak?

Kadang-kadang Akak Cute ada dengar keluhan golongan mak-mak ni, mereka kadang-kadang nak bernafas pun tak sempat. Buat kerja rumah yang tak habis-habis. Apatah lagi ada anak-anak masih kecil.

Yang si bapa boleh bersenang-lenang lepak minum dengan kawan-kawan. Bila isteri tak bagi keluar, mulalah naik angin bersekali dengan amaran: “jangan nak mengongkonglah!”.

Kadang-kadang lelaki ni sengaja pulang lewat dari kerja, lepak dulu mana-mana sebelum balik rumah. Ambil masa ‘me time’ katanya.

Nanti kalau dah balik rumah dan nak keluar semula, confirm susah la sebab kena lalui soal jawab ‘imigresen’ yang tak bertauliah terlebih dahulu.

Sebenarnya, perempuan ni bukanlah kejam sangat nak ‘ikat kaki’ lelaki. Jika suami ringan tulang tolong bini dalam menguruskan rumah tangga, tidak abai tanggungjawab dan menyenangkan hati isteri setiap ketika, ia tidak menjadi hal besar malah ia sebagai reward untuk memberi mereka keluar berfoya-foya dengan kawan-kawan.

Tetapi kalau setiap hari asyik minta nak lepak luar sahaja, agak-agaklah. Isteri mana yang tahan. Nampak sangat nak lari dari masalah. Macamlah hal menjaga anak itu tugas isteri sahaja. ‘Buat’ anak pandai, jaga malas. Ha! kan dah kasar bahasa Akak Cute ni.

Moral of the story, masing-masing perlu bertolak-ansur dalam hidup berumah tangga. Jangan ingat lelaki je nak me time, perempuan pun teringin juga tau!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN