Laporan insiden enam anggota lemas diketahui tidak lama lagi - Utusan Malaysia

Laporan insiden enam anggota lemas diketahui tidak lama lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Hasil laporan berhubung kejadian enam anggota bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang lemas dalam misi menyelamat di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Cyberjaya dekat sini akan diperoleh selepas mesyuarat diadakan pada 16 Disember ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kementerian akan membuat pengumuman umum berhubung perkara tersebut.

“Kementerian telah pun membentuk jawatankuasa profesional yang akan bermesyuarat pada 16 Disember ini. Insya-Allah.

“Akan ada satu laporan dikeluarkan dan kita akan buat pengumuman awam,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menggulung perbahasan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN