TAWAU 4 Dis. – Cubaan 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina menyusup keluar menggunakan pam bot di perairan Kinabutan di sini untuk ke negara asal, gagal selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), malam tadi. Timbalan Pengarah Zon (Operasi) APMM Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata dalam kejadian 7.30 malam itu kanak-kanak lelaki berusia sembilan bulan serta seorang warga emas lelaki berusia 71 tahun antara ditahan, termasuk…










