KUALA LUMPUR 21 Dis. – Pelantun lagu berjudul Bisa Pertama ciptaan Bayeng Black dengan susunan muzik oleh Hadi Hassan, Izzmad Harun bukan sekadar sibuk mempromosikan single terbaharunya itu tetapi beliau aktif sebagai Ikon Revolusi Usahawan di bawah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) negeri Selangor, Kelab Revolusi Usahawan. Izzmad berkata, sebagai Ikon Revolusi Usahawan, tugas dan tanggungjawab yang digalasnya bukan boleh dipandang enteng kerana beliau perlu membantu seramai mungkin usahawan-usahawan kecil…










