Harga murah, terbukti berkesan punca racun tidak berdaftar jadi pilihan - Utusan Malaysia

Harga murah, terbukti berkesan punca racun tidak berdaftar jadi pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 4 Dis. – Faktor harga murah menyebabkan racun tidak berdaftar dari Thailand menjadi pilihan para petani dalam usaha melipatkan gandakan hasil pengeluaran mereka.

AIMI JUSOH
AIMI

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Chetok, Datuk Aimi Jusoh berkata, bukan itu sahaja keberkesanan luar biasa yang ditunjukkan bahan itu menyebakan para petani menjadi lebih yakin untuk menggunakan produk berkenaan tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Menurutnya, kekurangan penerangan berkaitan soal racun tidak berdaftar turut mempengaruhi para petani untuk menjadikan bahan tersebut sebagai pilihan utama.

“Saya berpandangan, sudah tiba masanya kerajaan menurunkan harga racun berdaftar di pasaran dalam usaha mengekang penggunaan bahan terlarang itu.

“Selain itu, agensi pertanian juga perlu kerap turun padang untuk memberikan pendidikan berkaitan dengan bahaya penggunaan racun tidak berdaftar dan kami di PPK Chetok sedia menjadi tuan rumah,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu keselamatan makanan di negara ini yang dikatakan kini berada dalam keadaan terancam apabila terdapat lambakan racun makhluk perosak tidak berdaftar di pasaran tempatan.

Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Jamal Harizan Yang Razali mendedahkan racun makhluk perosak tidak berdaftar dijual pada harga yang lebih murah berbanding racun berdaftar sekali gus menyebabkan golongan petani memilih jalan mudah untuk penjimatan.

Masalah itu lebih serius membabitkan negeri-negeri bersempadanan dengan negara jiran seperti Perak, Kedah, Perlis dan Kelantan.

Aimi memberitahu, sejurus memberikan penerangan dan pendidikan kepada para petani, kerajaan boleh mengambil tindakan ke atas mereka yang ingkar terhadap arahan tersebut.

Katanya, langkah itu dilihat mampu memberikan didikan kepada para petani untuk menolak penggunaan racun tidak berdaftar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN