DPIM sokong bangunkan tanah wakaf untuk perumahan - Utusan Malaysia

DPIM sokong bangunkan tanah wakaf untuk perumahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Selepas dipuji melambung dalam Dewan Rakyat sebentar tadi, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menerima sokongan daripada Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) pula.

Ia berikutan saranan Zuraida supaya tanah-tanah wakaf negeri dibangunkan untuk membina rumah mampu milik buat golongan berpendapatan rendah (B40).

Presiden DPIM, Mohammad Sahar Mat Din berkata, inisiatif tersebut mampu membantu menambah baik dan menyelesaikan isu pemilikan rumah golongan B40.

“Ia akan memberi manfaat dan membuka peluang kepada golongan B40 memiliki hartanah dalam harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran kerana kos pemilikan hartanah tersebut dapat diminimumkan melalui tanah wakaf.

“DPIM memandang harta wakaf sama ada berbentuk tunai ataupun hartanah sangat penting dalam memacu serta membangunkan ekonomi umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berkata kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan DPIM ke-25 Ahad lalu, Zuraida memberitahu, kementeriannya akan mengenal pasti tanah wakaf di negara ini untuk dibangunkan dengan projek perumahan bagi golongan B40. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN