KUALA LUMPUR 21 Dis. – MCA mendesak DAP supaya menjelaskan definisi Malaysia baharu yang ingin diperjuangkan parti itu. Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, DAP tidak perlu meminta tempoh masa selama 20 tahun untuk merealisasikan janji tersebut. Beliau berkata, kebanyakan pengundi sebelum ini memahami konsep tersebut yang berjanji untuk menghapuskan jurang perbezaan antara kaum di negara ini. “Kit Siang jangan memutar belit apakah itu Malaysia Baharu sehingga…










