KUALA LUMPUR 4 Dis. – Laporan Audit Negara berkenaan isu pembayaran balik input cukai barang dan Perkhidmatan (GST) akhirnya berjaya merungkai ‘tuduhan’ bahawa kerajaan terdahulu telah ‘merompak’ RM19.2 bilion. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan tersebut mengesahkan bahawa nilai tersebut bukan ‘dirompak’ tetapi masih ‘belum dibayar’. Menurut beliau, setelah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan dirinya dituduh berulang kali telah ‘rompak’ RM19.2 bilion wang tuntutan balik input…










