JEMPOL – Bantuan Khas Persekolahan RM100 kepada 15,000 anak peneroka Felda di Negeri Sembilan yang diumumkan Rabu lepas akan diselesaikan selewat-lewatnya minggu pertama persekolahan. Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, pemberian bantuan tersebut turut merangkumi anak generasi kedua yang tinggal di asrama namun memerlukan pengesahan daripada pihak Felda terlebih dahulu. “Pihak kami amat prihatin dengan nasib peneroka Felda yang masih belum menerima elaun sara hidup dan diharapkan bantuan ini dapat membantu…










