Banjir di Terengganu kian pulih, hanya ada 25 mangsa - Utusan Malaysia

Banjir di Terengganu kian pulih, hanya ada 25 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 21 Dis. – Banjir di Terengganu semakin pulih dan setakat pukul 2 petang ini hanya 25 mangsa daripada lapan keluarga masih ditempatkan di satu pusat pemindahan di daerah Marang.

Kesemua mereka termasuk dua bayi dan seorang warga emas berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih, Marang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri berkata, jumlah mangsa bencana itu mencatatkan penurunan berbanding 31 mangsa daripada 10 keluarga di pusat penempatan yang sama setakat pukul 5 petang semalam.

Menurut jurucakap itu, pihaknya juga yakin jumlah mangsa banjir di negeri ini akan terus berkurangan berikutan cuaca baik dan cerah sejak semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN